Switzerland Undang Serangan al-Qaeda

Written by | Internasional

“Eropah hanya berpura-pura memerangi al-Qaeda dan menentang terorisme, padahal mereka baru saja memberikan ‘khidmat terbesar’ kepada pertubuhan itu,” kata Ghadafi yang dilaporkan harian  JANA semalam.

Gaddafi dengan nada menghina turut menggambarkan Switzerland sebagai ‘mafia dunia’. Dalam pemungutan suara 29 November lalu, lebih 57 persen pemilih Switzerland mendukung usul kelompok berhaluan kanan melarang pembangunan menara masjid di negara itu.

Keputusan tersebut telah menimbulkan reaksi keras dari masyarakat dunia yang menganggapnya sebagai bentuk  sikap tidak toleransi terhadap agama.

“Al-Qaeda kini berkata kepada umat Islam, ‘kami sudah memberi peringatan kepada kamu bahwa mereka adalah musuh kita. Lihatlah apa yang mereka lakukan di Eropah dan ikutlah dengan kami untuk melancarkan jihad menentang Eropah’,” kata Gaddafi.

Gaddafi berkata pada forum akademik di Zliten, 160 kilometer ke timur Tripoli semalam. Menurutnya, negara-negara Islam kini sudah ada alasan untuk tidak membenarkan pembangunan gereja-gereja baru.

“Saya tidak fikir ada negara Islam akan membolehkan pembangunan gereja mulai sekarang,”kata Gaddafi.

Ia memberi peringatan kepada Switzerland tentang kerugian ekonomi akibat balasan dari dunia Islam.

“Kamu perlu memikirkan kepentinganmu, kerana kamu memerlukan gas, pelabuhan, sumber laut, tenaga solar dan pelaburan,” kata Pemimpin Libya itu.

Hubungan Tripoli sendiri dengan Bern menjadi buruk akibat insiden anak lelaki Gaddafi, Hannibal dan menantunya ditahan di Geneva pada Julai 2008 setelah dua orang pekerja mengaku dipukul oleh pasangan itu.

Dua ahli perdagangan  Swiss ditahan di Libya sejak insiden tersebut. – AFP

 

Last modified: 06/11/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *